Minggu, 18 Maret 2012

Alasan Siswa perlu membuat blog.

Banyak kelebihan membuat blog dan sebab itu amat disarankan anda membuat blog hari ini juga. Keputusannya memang menakjubkan dan anda pasti akan terkejut!.

Sekarang, selain belajar dan jika belum bekerja, anda MESTI buat blog. Ini lebih baik daripada buat kerja yang tidak mendatangkan faedah.

Berikut adalah sebab UTAMA kenapa pelajar perlu buat blog :

1. Modal Rendah :


* Anda tidakperlukan modal yang banyak untuk buat blog. Tetapi hasilnya.. memang menakjubkan!

2. ‘Berpendapatan’ walaupun Masih belajar :

* Kebanyakkan pelajar mencari duit melalui kerja sampingan untuk kegunaan peribadi atau akademik. Jika anda mempunyai blog, anda tidak perlu risau sebab anda mampu menghasilkan uang dengan mudah. Jika anda betul2 komited dengan blogging, macam2 jenis pendapatan yang anda mampu hasilkan!

3. Meningkatkan Kemahiran anda :

* Yup. Dengan membuat blog anda mampu meningkatkan kemahiran menulis, mengedit, bekomunikasi, bahasa dan interaksi anda. Jika ingin tahu perubahan pada gaya penulisan dan bahasa anda, boleh bandingkan artikel lama dengan artikel terbaru anda. Pengalaman menarik yang semua blogger lalui.
4. Pengalaman :

* Pengalaman melalui blog memang sesuatu yang unik dan menarik. Anda memiliki sebuah pengalaman yang orang lain belum pernah lalui. Selain itu, anda juga boleh belajar berdasarkan pengalaman orang lain.

5. Karier Utama :

* Untuk Pengetahuan anda banyak mereka yang tidak berminat untuk menjadi blogger fulltime  tetapi tiba2 mereka menjadi blogger fulltime. Blogger boleh dijadikan karier utama anda sekiranya anda mengetahui taktik yang benar. banyak blogger sukses telah melalui pengalaman ini. Anda apa tunggu lagi? Cepat bikin blog..



6. Hubungan :

* Sebagai blogger, anda boleh menjalinkan hubungan(bukan hubungan cinta ye) dengan pelbagai personality baru. Yang menariknya, anda memang ada peluang untuk bersahabat dengan mereka yang ternama dan sebagainya. Senang anda dapat kerja sekiranya mempunyai anda menjalinkan hubungan dengan ramai orang.

7. Belajar :

* Menjadi blogger banyak mengajar anda hal baru. Contohnya, walaupun anda tidak mengetahui tentang sesuatu hal tetapi anda secara tidak langsung akan belajar mengenai hal tersebut disebabkan keperluan.  Tambahan lagi, kerja semakin senang karena banyak teman.

8. Anda Tidak Rugi Pun :


* Betul3.. anda tidak akan kehilangan duit berjuta pun dengan membuat blog. Sebaliknya, anda akan mendapat sesuatu yang lumayan dengan syarat blog anda tidak menyalahi undang2 dan menghormati privacy orang lain.

9. Perusahaan akan mengambil anda sebagai pekerja :

* Anda tidak perlu membuat resume untuk memohon kerja jika anda memiliki sebuah blog yang menarik (blog berkaitan dengan bidang perusahaan tersebut) sebab bakat anda sudah ditunjukkan pada blog. Anda hanya perlu bekerja dan makan gaji disamping update blog.  Contohnya jika anda pelajar seni, anda membuat blog tentang seni kemudian anda menunjukkan hasil anda pada blog, pasti ada yang menawarkan anda kerja.

10. Meningkatkan Kreativitas :

* Anda bisa meningkatkan kreativit dengan menulis sesuatu yang baru pada blog anda. Anda juga  bisa meningkatkan kreativiti dengan mengubah design blog anda, belajar mengeledah internet dan promosi blog. Apa yang penting disini adalah, internet memang penuh dengan sumber untuk ilmu!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

klik kanan.